Thanks all!

Sorry for late posting. I would like to express my gratitude and thanks to all organizing committees and participants for making this Youth Exposure Trip to Permatang Pauh a hugh success!

Surveying @ Kampung Cross Street, Seberang Jaya 1 (Tmn Siakap)

By-election campaign sharing with PKR @ Yayasan Aman

Anwar speech @ Tanah Liat

“Wheel of Fortune” @ Pasar besar, Seberang Jaya

More photos…

[Download] Press statement

[Download] Survey result

[Download] Survey analysis

News coverage:

  1. Malaysiakini English version
  2. Malaysiakini Chinese version
  3. Merdekareview

Soal-selidik Lawatan Belia ke Permatang Pauh - U, masa untuk bertindak!

年轻人关心政治拜访团问卷调查

Jumlah respondants 调查人数 – 62 orang / 62人

Kaum种族:
Orang Melayu马来人 – 18%
Orang Cina华人 – 60%
Orang India印度人 – 22%
Lain-lain – 0%

Umur年龄:
21-40 – 45%
41-50 – 16%
51-60 – 24%
>60 – 15%

Jantina性别:
Lelaki男 – 71%
Perempuan女 – 29%

Tempat地区:
Kampung Cross Street – 53%
Seberang Jaya 1 (Tmn Siakap) – 47%

No. Soalan 问题

Jawapan/Respon

答案/建议

1. Adakah ahli politik yang merupakan “katak lompat” sesuatu yang tidak beretika?

跳槽是非常不道德的政治手段?

Ya / 是 – 35%

Tidak / 不是 – 44%

Lain-lain / 其他 – 21%

2. Bolehkan anda bersetuju dengan perbuatan Anwar yang memujuk ahli politik parti lain ‘melompat’ ke Pakatan Rakyat, dan seterusnya mengambil kuasa pemerintahan pada 16 September?

你可以接受安华游说其他国会议员跳槽,然后酿制916变天的做法吗?

Ya / 可以 – 58%

Tidak / 不可以 – 29%

Lain-lain / 其他 – 13%

3. Perbuatan Wan Azizah memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini – adakah ia sesuatu perbuatan yang menipu rakyat?

旺阿芝莎大选后把席位让出给其夫婿安华上阵,是欺骗选民的做法吗?

Ya / 是 – 21%

Tidak / 不是 – 69%

Lain-lain / 其他 – 10%

4. Situasi politik negara yang menuju ke arah perubahan, adakah ia sesuatu yang baik ataupun tidak?

国家政治局势迈向改变,是好是坏?

Ya / 好 – 63%

Tidak / 坏 – 16%

Lain-lain / 其他 – 21%

5. Situasi politik negara yang menuju ke arah perubahan, adakah ini telah menjejaskan pembangunan ekonomi negara?

国家政治局势迈向改变,拖延经济发展?

Ya / 是 – 47%

Tidak / 不是 – 35%

Lain-lain / 其他 – 18%

6. Situasi politik negara yang kurang stabil – adakah ini sesuatu yang memudaratkan akibat perubahan, ataupun ini adalah satu kemestian dalam mencapai demokrasi?

国家政治局势不稳定,是改变所带来的坏处,还是迈向民主之路必经的路程?

Ya / 是 – 47%

Tidak / 不是 – 16%

Lain-lain / 其他 – 37%

7. Sekiranya harga petrol telah diturunkan pada bulan September, adakah ini jasa kerajaan pada masa sekarang?

油价若在九月时真的下降,是现任政府的功劳吗?

Ya / 是 – 10%

Tidak / 不是 – 77%

Lain-lain / 其他 – 13%

8. Pada situasi semasa ini, haruskah subsidi petrol dihapuskan?

目前,我国政府应取消汽油津贴吗?

Ya / 应该 – 26%

Tidak / 不应该 – 68%

Lain-lain / 其他 – 6%

9. Adakah anda percaya bahawa pada masa depan, negara ini berupaya dan mampu melaksanakan polisi kerajaan yang adil dan saksama untuk semua rakyat?

你相信我国在未来有朝一日可以打破种族隔阂,落实真正的平等政策吗?

Ya / 相信 – 48%

Tidak / 不相信 – 34%

Lain-lain / 其他 – 18%

10. Haruskah dialog antara agama diperbanyakkan untuk mewujudkan persefahaman antara kaum?

各族之间是否应该针对宗教课题有更多讨论空间,以促进谅解?

Ya / 应该 – 76%

Tidak / 不应该 – 18%

Lain-lain / 其他 – 6%

11. Apakah pendapat anda tentang mahasiswa pada masa kini? Mengapa?

你认为目前大专青年的素质如何?为什么?

Subjektif
12. Apakah harapan anda terhadap calon yang berjaya menjadi ahli parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos?

你对成功当选的候选人有什么期许?

Subjektif

Analisa Soal-selidik Lawatan Belia ke Permatang Pauh

Pada 23 Ogos 2008, Y4C (Youth for Change) telah menjalankan satu soal selidik di 2 kawasan Permatang Pauh, iaitu Kampung Cros Street dan Taman Siakap (Seberang Jaya 1). Sejumlah 62 orang pengundi untuk Permatang Pauh (33 dari Crosstreet dan 29 dari Taman Siakap) telah menjadi respondent dalam soal selidik ini. Kumpulan respondent tersebut merangkumi 3 kaum yang berbeza, iaitu 18% dari kaum Melayu, 60% dari kaum Cina dan 23% dari kaum India.

Melalui soal selidik yang telah dijalankan, 35% daripada respondent berpendapat bahawa ahli politik yang merupakan “katak lompat“ memang sesuatu yang tidak beretika manakala 44% berpendapat bahawa ia bukan sesuatu yang tidak beretika kerana ahli politik mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan mereka. 21% respondent yang lain menganggap “katak lompat“ yang dikatakan ini ialah sebahagian daripada politik dan tidak berkaitan dengan masalah etika.

Bagi perbuatan Anwar yang memujuk ahli politik parti lain untuk “melompat“ ke Pakatan Rakyat dan seterusnya mengambil kuasa pemerintahan, terdapat 58% respondent setuju dengan perbuatan Anwar ini walaupun kebanyakan daripada mereka tidak begitu setuju dengan tektik memujuk ini. 29% respondent tidak setuju dengan perbuatan tersebut dan berpendapat bahawa Anwar seharusnya mengambil-alih kuasa pemerintahan pada pilihanraya umum yang akan datang.

Selain itu, seramai 69% respondent berpendapat bahawa perbuatan Wan Azizah yang memberi laluan kepada Anwar bukan sesuatu perbuatan yang menipu rakyat. Menurut mereka, Wan Azizah telahpun memberitahu mereka bahawa beliau akan memberi laluan kepada suaminya semasa pilihanraya umum 2008. Walaubagaimanapun, terdapat 21% respondent yang mengatakan bahawa perbuatan ini sesuatu yang menipu rakyat. Mereka memberi sebab bahawa orang yang mereka pilih pada 8 Mac 2008 ialah Wan Azizah dan bukan Anwar.

Mengenai situasi politik negara kita yang menuju ke arah perubahan, respondent mempunyai pandangan yang agak berbeza. 63% daripada mereka berpendapat bahawa ini sesuatu yang baik manakala 16% lagi tidak. Seterusnya, 47% respondent mengatakan bahawa situasi politik ini telah menjejaskan pembangunan ekonomi negara manakala 35% respondent berpendapat bahawa situasi politik ini tidak menjejaskan pembangunan ekonomi negara. Sebagai kesimpulannya, 47% respondent mengatakan bahawa situasi politik yang kurang stabil ini adalah satu kemestian dalam mencapai demokrasi. 16% respondent tidak bersetuju dan mengatakan bahawa Malaysia sekarang sudah merupakan negara yang demokrasi. Terdapat golongan yang agak besar iaitu respondent yang merangkumi 37% berasa tidak tentu terhadap situasi politik sebegini. Kebanyakan mereka menginginkan perubahan tetapi masih tidak nampak adakah perubahan ini sesuatu yang positif atau negatif.

Mengenai isu petrol, sebayak 77% respondent berpendapat bahawa penurunan harga minyak yang telah diumumkan bukannya jasa pihak kerajaan tetapi pengaruh pilihanraya kecil di Permatang Pauh. Hanya 10% respondent yang mengatakan bahawa penurunan harga petrol ini adalah jasa pihak kerajaan. Walaubagaimanapun, hampir semua respondent berpendapat bahawa penurunan harga petrol sebanyak 15 sen terlalu sedikit dan sebenarnya tidak meringankan beban rakyat. Untuk situasi semasa ini, sebanyak 68% respondent berpendapat bahawa subsidi petrol tidak harus dihapuskan kerana ini memang akan membebankan rakyat jelata. Hanya 26% daripada mereka mengatakan bahawa subsidi petrol harus dihapuskan. Mereka berpendapat bahawa rakyat tidak harus terlalu bergantung kepada subsidi yang diberi oleh pihak kerajaan.

Mengenai isu perpaduan, sebanyak 48% respondent percaya bahawa negara kita berupaya dan mampu melaksanakan polisi kerajaan yang adil dan saksama untuk semua rakyat pada masa depan manakala 34% respondent mengatakan bahawa keadaan ini tidak akan wujud. 18% yang lain pula tidak berani untuk memberi pandangan. Menurut mereka, keadaan ini hanya akan wujud sekiranya kuasa pemerintahan negara tukar milik. Bagi isu agama, sebanyak 76% respondent mengatakan bahawa dialog antara agama harus diperbanyakkan untuk mewujudkan persefahaman antara kaum. Mereka berpendapat bahawa agama merupakan sesuatu yang harus dibincang tetapi tidak harus dicabar. Agak tetapi, terdapat 18% respondent yang berpendapat bahawa agama sesuatu yang sensitif dan tidak harus disentuh dan dibincangkan.

Apabila respondent ditanyakan tentang kualiti mahasiswa masa sekarang, hanya sedikit daripada mereka memberi pujian manakala kebanyakan mereka memberi kritikan dan berpendapat bahawa mahasiswa sekarang semakin merosot kualitinya. Antara kritikan terhadap mahasiswa ialah tidak kreatif, tidak mempunyai daya saing, tidak sensitif terhadap isu politik, penguasaan Bahasa Inggeris yang teruk dan lain-lain. Mereka mengatakan bahawa sebab-sebab kualiti mahasiswa merosot adalah kekurangan kebebasan mahasiswa di bawah AUKU, mahasiswa tidak didedahkan kepada kebenaran, kedudukan universiti yang semakin menurun dan polisi yang tidak adil.

Akhir sekali, soal selidik kami juga bertanya tentang harapan respondent terhadap calon yang berjaya menjadi ahli parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos. Kebanyakan respondent mengharapkan kemajuan ekonomi negara dan seterusnya harga petrol dan barang-barang lain diturunkan. Mereka juga berharap pihak kerajaan akan melaksanakan polisi yang adil dan menjaga semua rakyat. Untuk Arif Shah, mereka berharap beliau dapat memajukan kemudahan di Permatang Pauh. Untuk Anwar pula, mereka berharap beliau dapat membawa isu-isu rakyat ke parlimen untuk dibincang. Respondent juga berharap calon yang berjaya boleh menunaikan perjanjian yang telah dibuat semasa kempen. Terdapat seorang respondent yang memberi harapan yang amat berbeza. Dia berharap pilihanraya kecil ini dapat selalu diadakan di seluruh negara. Menurut respondent tersebut, harapan hanya wujud dan dapat ditunaikan semasa pilihanraya kecil. Selepas pilihanraya kecil, tidak kira siapa yang menang, harapan tentu tidak wujud lagi.

Kuek Ser Kuang Hong
See Tho Chee Seong
Youth for Change (Y4C)

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

[...] 在我去峇东埔超级补选期间,偷偷跑去槟岛一趟。 [...]

白色恐怖已经来临了,
报导“寄居论”的星洲日报记者今天被内安法令拘捕了!!

大家一定要对抗强权,
抗议白色恐怖!!

讲错的人没有事,
写对的人竟然被捉!!

身为部落客的我们要团结抗议白色恐怖!!
我们要声援她!!

Leave a comment

(required)

(required)