KONVENSYEN AGENDA PEMBANGUNAN BELIA SELANGOR 2-4 JUN

 

KENYATAAN MEDIA

KONVENSYEN AGENDA PEMBANGUNAN BELIA SELANGOR 2-4 JUN

SHAH ALAM, 01 Jun 2009 –  Kerajaan Negeri Selangor mengorak langkah proaktif dengan mengadakan Konvensyen Agenda Pembangunan Belia Negeri Selangor pada 2-4 Jun 2009 dengan majlis penutup pada 6 Jun 2009.

Program berbentuk forum selama tiga hari dengan dua forum setiap hari ini terbuka kepada orang awam khususnya golongan belia. Hasil perbincangan di konvensyen pada 2-4 Jun ini akan digarap dan dirumuskan untuk menjadi asas panduan kepada program-program pembangunan belia oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Butiran program adalah seperti berikut:

2 Jun (Selasa), 8 malam

Dewan 1) Konflik Kemanusiaan dan Penglibatan Belia dalam NGO

Ahli Panel: 1) Siti Altaf Deviyati Ismail, UNDP; 2) Cikgu Husin, Yayasan Aman

 

Dewan 2) Universiti: Kilang Pekerja atau Membangun Modal Insan

Ahli Panel: 1) Dr Azmi Sharom, UM;  2) Khalid Jaafar, Institut Kajian Dasar

 

3 Jun (Rabu), 8 malam

Dewan 1) Prospek Seni Budaya dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Ahli Panel: 1) Eddin Khoo, Aktivis budaya; 2) Namron, Penggiat seni

 

Dewan 2) Apa Selepas DEB?

Ahli Panel: 1) Prof Raja Rasiah, UM; 2) Hasmi Hashim, Penganalisis Sosial

 

4 Jun (Khamis), 8 malam

Dewan 1) Penglibatan Golongan Muda Dalam Politik Baru

Ahli Panel:  1) Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman, Timb Setiausaha Agung PKR;

 2) Lee Khai Loon, Youth for Change

 

Dewan 2) Sukan sebagai Kerjaya Hidup

Ahli Panel: 1) Roslin Hashim, Pemain badminton negara; 2) Koo Cai Lin, Perenang dan Olahragawati Selangor 2008

 

Majlis penutupan akan diadakan pada Sabtu ini (6 Jun), 8 pagi – 12 tengahari, di Hotel Hilton PJ. Dato’ Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menyampaikan ucaptama setelah selesai pembentangan hasil perbincangan di konvensyen pada tiga hari tersebut.

Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) yang bertanggungjawab mengelolakan program ini merupakan sebuah badan dibawah naungan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab merangka, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan belia di Negeri Selangor.

Program-program anjuran SBNS menggunakan slogan “Gen-S” iaitu singkatan untuk Generasi muda Selangor yang memiliki sahsiah diri yang tinggi, mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab sosial, mempunyai apresiasi terhadap seni, aktif dalam sukan serta bersemangat dalam aktiviti kesukarelawan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Muaz Omar pada talian 012-2222003 atau sbns.gens@gmail.com.

 

SEKRETARIAT AKHBAR  

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)